fbpx

“Paling Menyakitkan Apabila Perceraian Satu-Satunya Pilihan”

Rumah tangga pelakon Nora Danish dan suaminya, Nedim Nazri akhirnya terlerai apabila sah bercerai talak satu semalam selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

Sementara itu, perkongsian Nedim turut menjadi perhatian apabila memuat naik gambar berserta kapsyen sayu selepas perpisahannya dengan Nora.

BACA: “Tiada Yang Berubah Cuma Dia Bukan Milikku Dalam Islam”

Turut menjadi perhatian komen bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar menitipkan kata-kata semangat buat Nedim dan Nora.

Menurut Azrinaz, perpisahan adalah perkara yang menyakitkan namun, percaya bahawa Nora dan Nedim dapat mengharunginya dengan baik.

“Perkara yang paling menyakitkan dalam perkahwinan apabila perceraian adalah satu-satunya pilihan. Saya percaya kalian berdua cukup matang untuk mengatasi semua ini dengan bijaksana seperti mana terlihat dalam video,” tulisnya.

Terdahulu, Nora menafikan dakwaan masalah kewangan jadi punca perpisahan serta meminta orang ramai menghormati perpisahan mereka itu.