“Pakai Tudung Tapi Buka Balik Perkara Tidak Normal”
Seperti kita sedia maklum, beberapa orang selebriti yang menjadi perhatian ramai mengambil keputusan untuk tidak lagi memakai tudung selepas beberapa tahun nekad untuk membawakan penampilan seorang wanita bertudung.
Fenomena itu menarik pandangan dari pelbagai pihak dan terbaru Ummi Nazeera turut memberikan pandangan beliau tentang trend selebriti mahu pun orang biasa yang kembali tidak bertudung kerana belum bersedia.
“Saya rasa itu tidak normal! Apa yang terjadi sejak kebelakangan ini saya berharap masyarakat tidak menerima perkara itu sebagai sesuatu yang normal”
“Apabila anda sudah bersedia, anda pakai tudung. Tetapi apabila anda tidak bersedia kemudian pakai tudung dan buka balik itu tidak normal. Tidak kiralah artis atau orang biasa,” katanya menerusi temubual bersama Zayan.
“Risau juga itu pengakhiran saya nanti. Mungkin sekarang ini saya bertudung, tetapi pengakhirannya saya tidak pakai tudung? Sama juga sebaliknya”
“Oleh itu saya doakan supaya mereka jumpa semula jalan itu. Iman turun naik itu normal tetapi Allah sangat sayangkan orang yang masih ingatkan dia. Apabila kita terlupa kita pusing balik,” tambahnya lagi. (rtky/m)
- SUMBER
- Astro Gempak
It is normal because pakai tudung is not normal and not even stated in quran..
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu Berjaya” (Surah An-Nur : Ayat 31)
di dlm ayat ini hanya menutup dada saje yg disebut, masa berlalu dan perkataan tudung kepala ditambah oleh manusia. perkataan khumurihinna di dlm ayat ini bermaksud ‘a covering’ atau sehelai kain utk menutup, tak kisahlah kain alas meja ke kain baju, asalkan kain. Dan masa juga berlalu, tudung khimar (dari perkataan khumurihinna tadi) dicipta dan ramai yg mangatakan khimar ini yg disebut di dlm ayat an-Nur 24:31. Allah swt tidak pernah lupa, Dia tidak lupa utk meletakkan perkataan rambut tetapi hanya dada yg disebut kerana itu yg Dia kehendaki. Jadi jgn lah kita menambah kata2 Allah dan mencipta hukum yg baru dan menghukum sesiapa yg kita rasa ‘tidak normal’.
Sesungguhnya Allah sahaja yg maha mengetahui.
Tak pulak cakap kena pakai tudung. Yang ada cuma tutup bahagian dada. Banyak yg misinterpret this ayat. Yg betul suruh tutup kepala ialah dalam bible. Memang tak normal untuk islam ikut pengajaran kristian
Iyo lah tu….ko pnah baco bible ke…mlalut jer melayu zmn skrg…dah bodoh bangang bercambah.
Menutup belahan leher dengan tudung kepala sis.cuba sis baca betul2.
Tutup aurat (bagi wanita) which is rambut dan seluruh bahagian badan lain kecuali muka & tangan–(area pergelangan tangan hingga ke jari)
adalah wajib dan itu adalah muktamad dalam Islam.
Jangan bagi orang pening atau confuse sebab perintah Tuhan telah jelas dan nyata.
Kalau taknak pakai tudung takpa,tapi tutup lah rambut,belahan leher dan dada tu dengan apa2…contoh mcm plastik ke :)
Ni awak tulis..
” to wrap [a portion of] their headcovers over their chests”
Tak maksudnya tudung kepala???
(SAHEEH INTERNATIONAL)
And tell the believing women to reduce [some] of their vision¹ and guard their private parts and not expose their adornment² except that which [necessarily] appears thereof³ and to wrap [a portion of] their headcovers over their chests and not expose their adornment [i.e., beauty] except to their husbands, their fathers, their husbands’ fathers, their sons, their husbands’ sons, their brothers, their brothers’ sons, their sisters’ sons, their women, that which their right hands possess [i.e., slaves], or those male attendants having no physical desire, or children who are not yet aware of the private aspects of women. And let them not stamp their feet to make known what they conceal of their adornment. And turn to All?h in repentance, all of you, O believers, that you might succeed.
Looking only at what is lawful and averting their eyes from what is unlawful.
Both natural beauty, such as hair or body shape, and that with which a woman beautifies herself of clothing, jewelry, etc.
i.e., the outer garments or whatever might appear out of necessity, such as a part of the face or the hands.
(MELAYU)
Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba-hamba yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.
Bukan ini ke terjemahan An-Nur? Mana awak dapat pasal tudung kepala tu? Seingat saya baca memang tak ada langsung pasal tudung kepala specifically. So please. Dont put your own words in the Quran. Its a big sin.
yelah tutop dada. masalah skrg, dorang pon tak tutop dada. kita ni manusia biasa, tak payah memandai nak tafsir alquran. wali Allah aje yg layak tafsir menafsir ni. tudung mmg tak wajib tapi aurat tetap kena tutop. klau tak nak pakai tudung, pakai selimut tuala pon ok. pakai baldi ke. pakai daun byk2 ke. pakai kain kafan tu last lah, tapi kalau nak pakai skrg pon no problem
Kena selepok
yang tak normal is your own brother kejap jadi lelaki kejap jadi perempuan. people should just mind their own business pls lah
Sebagai orang Islam, kita perlukan maklumat, information, hadith yang lengkap daripada Al Quran.
Hadith itu maksudnya berita, khabar, perkataan, maklumat, information dsbnya.
Allah swt dan RasulNya telah mengesahkan bahawa Al Quran itu adalah “ahsana al hadith” atau hadith yang paling baik bagi manusia.
Sila lihat Surah 39:23 :
Surah 39:23 – Allah telah menurunkan “sebaik-baik hadith” (ahsana al hadith) iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain, yang berulang-ulang; yang kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan sesiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.
‘Allahu nazzala ahsana al-hadith’ maksudnya ‘Allah telah menurunkan sebaik-baik hadith’. Jadi Al Quran itu adalah hadith yang paling baik.
Kalau cakap biasa, Allah swt telah menurunkan hadith yang paling best lah.
Tidak ada hadith lain yang lebih ‘ahsana’ daripada ayat Quran.
THE QURAN IS THE BEST HADITH. PLEASE REFER SURAH 39:23.
Seterusnya Allah dan RasulNya telah mencabar kita “maka dengan “hadith” yang mana lagi mereka hendak beriman, sesudah Allah dan ayat-ayatNya” ?
Surah 45:6 Itulah ayat-ayat Allah yang kami bacakan kepadamu dengan kebenaran; maka dengan “hadith” yang manakah lagi mereka ingin beriman, sesudah Allah dan ayat-ayatNya ?
Tilka : Itulah
ayaat : ayat
ul-laahi : Allah
natluha : Kami bacakan
alaika : atas / kepada kamu
bil : dengan
haqq : kebenaran / haq
fa : maka
bi : dengan
aiyyi : mana lagi
hadithin : hadith
ba’dha : sesudah
Allaahi : Allah
wa : dan
AYAATIHI : ayat-ayat Nya
yu’minoon : mereka ingin beriman
Ayat ini sebenarnya adalah cabaran yang bernada amaran.
Maksudnya “Dont do it”.
Jika sesiapa berani menjawab ‘cabaran’ ini daripada Allah swt dan RasulNya, dipersilakan.
Anyway, here are the verses that mention AURAT in the Quran.
The word AURAT appears only FOUR times in THREE verses.
Aurat in the Quran refers to being exposed, private parts or nakedness.
33:13 Dan itulah masa segolongan di antara mereka berkata: “Wahai penduduk Yathrib, tempat ini bukan tempat bagi kamu, oleh itu baliklah”. Dan sebahagian dari mereka pula meminta izin kepada Nabi sambil berkata: “Sesungguhnya rumah-rumah kami terdedah (buyoota-naa auratun), pada hal ia tidak terdedah (wa maa hiya bi auratin). Mereka hanya bertujuan hendak melarikan diri.
Jadi kalimah AURAT digunakan dua kali dalam ayat 33:13 dengan jelas membawa maksud “terdedah”. Tidak ada hubung kait dengan rambut di kepala wanita.
Perkataan AURAT muncul buat kali KETIGA dalam Surah 24:31 seperti berikut –
24:31 Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka, dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya (wala yubdeena zeenatahunna illa ma zahara minha) dan hendaklah mereka menutup dada mereka dengan baju gamis mereka (wal yadribna bi khumuri hinna ala juyoobi hinna) ; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang AURAT perempuan; (al tifli al lazeena lam yazharoo ala AURATI nisaa) janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
Sila lihat sekali lagi bahawa pada ayat ini tidak tersebut pun kepala atau rambut wanita. Atau kepala sesiapa pun.
Jadi wanita BOLEH memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kepada suami, kepada bapa etc etc termasuk kepada kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang AURAT perempuan; (al tifli al lazeena lam yazharoo ala AURATI nisaa)
Jelas sekali aurat wanita di sini bermaksud kemaluan atau private parts wanita. Tidak tersebut rambut di kepala termasuk aurat wanita.
Contohnya seorang ibu boleh mandi bersama anak kecilnya dan menunjukkan tubuhnya selagi anak kecil itu masih tidak faham apa itu aurat wanita. Aurat di sini merujuk kemaluan ibu.
Tetapi apabila anak itu sudah makin besar dan faham maksud kemaluan wanita, maka seorang ibu patut berhenti menunjuk atau memperlihatkan kesemua tubuh badannya kepada anak itu.
Ini adalah common sense.
Jika AURAT wanita termasuk rambut di kepala wanita ia akan bermaksud bahawa seorang ibu TIDAK boleh menunjukkan rambut kepalanya kepada anaknya yang sudah faham aurat wanita.
Maksudnya seorang ibu tidak boleh menunjukkan rambut kepalanya kepada anak-anaknya yang telah besar dewasa. Ini adalah tidak lojik dan tidak benar.
Tidak ada hubung kait dengan rambut di kepala wanita.
Di dalam Al Quran tiada sebarang kaitan antara perkataan AURAT dan RAMBUT di kepala wanita.
Perkataan AURAT disebut untuk kali KE EMPAT dan terakhir pada ayat 24:58 seperti berikut :
24:58 Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah orang suruhan kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu, dalam tiga masa; (iaitu) sebelum solat fajri, ketika kamu membuka pakaian di tengah hari, dan sesudah solat isyak; itulah tiga masa (terdedah) aurat kamu (thalatha awratin lakum). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya; dan Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Antara lainnya, ayat ini memberi pengajaran bahawa dalam sebuah rumahtangga anak-anak dan penghuni rumah yang lain perlu hormati “privacy” orang dewasa dan meminta izin sebelum masuki bilik atau kamar mereka sekurangnya pada tiga waktu ia itu sebelum solat waktu fajri, waktu rehat tengah hari dan selepas solat waktu isyak kerana kemungkinan besar itu adalah tiga waktu aurat kita terdedah (thalatha awratin lakum).
AWRATIN LAKUM (waktu AURAT bagi kamu) di sini di tujukan kepada kedua lelaki dan wanita, ayah dan ibu (contohnya). Anak-anak dan orang suruhan di rumah perlu minta izin sebelum memasuki kamar sebab ayah dan ibu mungkin dalam keadaan tanpa berpakaian kemas. Aurat mereka berdua (ayah dan ibu) mungkin terdedah.
Sekali lagi AURAT di sini merujuk kepada ‘private parts’ atau ‘kemaluan’ ayah dan ibu. Bukan rambut atas kepala ibu.
Sekali lagi di dalam Al Quran tidak ada sebarang kaitan antara perkataan AURAT dan RAMBUT di kepala wanita.
Itulah kesemua EMPAT rujukan kalimah AURAT dalam Al Quran.
Surah 7:26 Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian untuk menutup kemaluan kamu, dan sebagai perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda Allah supaya mereka mengenangnya.
Jadi pakaian yang sebaik-baiknya bagi kita adalah untuk kita bertaqwa.
Sebagai benteng mengatasi bencana dan kemaluan.
Pakaian kita tidak boleh jamin taqwa.
Tetapi taqwa itu mesti dijadikan pakaian.
Juga sila perhatikan dalam EMPAT ayat di atas tidak sekali pun disebut perkataan KEPALA (RAIS).
Rais maksudnya kepala.
Ini Rais Yatim = Kepala Yatim.
Bukan Kepala Aurat .
Sekarang mari melihat perkataan atau kalimah HIJAB dalam Al Quran.
Kalimah hijab disebut dalam TUJUH ayat Al Quran.
i. 17:45 Dan apabila engkau membaca Al-Quran, Kami jadikan perasaan ingkar dan hasad dengki orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat itu sebagai hijab yang tidak dapat dilihat, yang menyekat mereka daripada memahami bacaanmu.
Ada hijab di antara orang yang percaya Al Quran (seperti OSTB) dan orang yang menolak Al Quran. Bukan hijab sebagai tudung kepala wanita.
ii. 7:46 Dan di antara keduanya ada hijab . . .(antara penghuni jannah dan naar)
Bukan hijab sebagai tudung kepala wanita
iii. 19:17 Kemudian Maryam membuat dinding (hijab) untuk melindungi dirinya dari mereka maka Kami hantarkan kepadanya: Roh dari kami lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki yang sempurna bentuk kejadiannya.
Maryam memisahkan dirinya daripada mereka di belakang suatu dinding atau hijab pemisah. Bukan hijab sebagai tudung kepala wanita.
iv. 33:53 ” . . Dan apabila kamu meminta sesuatu dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik hijab. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka. . .
Sahabat nabi kena tanya isteri nabi daripada belakang HIJAB. Hijab untuk lelaki?
Bukan hijab sebagai tudung kepala wanita.
v. 38:32 maka Sulaiman berkata: ” Sesungguhnya aku telah mengutamakan kesukaanku kepada kebaikan lebih daripada mengingati Tuhanku, sehingga melindungi dirinya dengan HIJAB”.
Kisah Nabi Sulaiman. Bagaimana berkat kekayaan boleh hilang di belakang HIJAB. Bukan hijab sebagai tudung kepala wanita.
vi. 41:5 Dan mereka berkata: “Hati kami dalam tutupan yang berlapis-lapis daripada memahami apa yang engkau serukan kami kepadanya, dan pada telinga kami penyumbat, serta di antara kami denganmu ada HIJAB; oleh itu, berusahalah engkau, sesungguhnya kami juga tetap berusaha ! ”
Orang yang menolak Allah dan Rasul mengaku ada HIJAB pemisah antara mereka dan Rasul. Bukan hijab sebagai tudung kepala wanita.
vii. 42: 51 Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan wahyu, atau dari sebalik HIJAB . . .
Ayat ini menceritakan proses komunikasi yang memberi petunjuk kepada manusia. Bukan hijab sebagai tudung kepala wanita.
Maka itulah kesemua TUJUH kalimah HIJAB yang terjumpa dalam Al Quran. Tiada satu ayat pun merujuk hijab sebagai tudung kepala wanita.
The Quran advises women to dress decently, with decorum.
Surah 33:59 “O Nabiy, tell your wives and your daughters and the women of the believers to draw their garments around them. That is more suitable that they will be known and not be abused. And ever is Allah Forgiving and Merciful.
Some translators say ‘lengthen their garments’, draw their cloaks, cast their outer garments etc. It means dress nicely, dress decently, observe decorum.
No exact measurements are given for women’s clothes.
No dress code is prescribed.
No punishments are prescribed in the Quran either.
[61:2] Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
[61:3] Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
Maksudnya jangan cakap tak serupa bikin.
Rasul tidak pernah cakap lain bikin lain.
Please, jangan fitnah Rasul cakap tak serupa bikin.
I hope the readers will appreciate this information.
If you want to say something, just say it.
But please show some proof or good logic.
No need to get angry macam gila b_bi or use dirty language.
Your comments will get deleted.
No need to become suicide bombers.
A suicide bombing career is very limited.
The end is very explosive.
Lastly I have two soalan cepu mas for the readers as well as the Mufti. This is a real question because it was asked before and no proper answer was given. Orang pernah tanya soalan ini dulu tapi jawapannya masih tidak ada.
Soalan 1. Apakah wanita yang botak (tidak berambut di kepala) perlu juga menutup “rambut yang tidak ada”?
Contohnya wanita seperti ini :
Tanpa “aurat” di kepala?
Soalan 2. Kenapa Dato Mufti TIDAK MERUJUK SATU PUN AYAT Al QURAN yang menyebut kalimah AURAT dan HIJAB yang di atas?
Kepada pembaca orang Islam : Note down these very very few ayat Quran, go and look for your ustaz, your imam, your mufti and your guru.
Ask them WHY they do not refer to the Al Quran?
Ask them WHY they do not refer to these ayat which talk about AURAT and HIJAB?
Jangan suka menghukum orang lain tanpa tahu apa pun berkenaan ajaran Al Quran.
Jangan suka marah orang lain setelah “telan dengan botol” ajaran entah apa dan ajaran entah siapa.
Awasilah.
Mengada-adakan hukum sendiri, ikut puak dan suku sendiri, dan menjual nama Allah dan RasulNya untuk menegakkan hukum buatan boleh melibatkan dosa besar.
Be careful in your responsibility towards Allah swt.
Cik dah rujuk tafsir2 alquran yg ulamak dahulu tafsirkan ke?…jgn nak tafsir pakai otak sendiri…..ilmu kita tak sama dengan mereka….bahasa arab kita pun tak sefasih mereka jgn nak berlagak kita boleh tafsir ayat alquran dan hadis guna akal kita semata2…para sahabat nabi s.a.w dan para tabiin lebih dekat dgn kehidupan baginda s.a.w mesti mereka lebih memahami apa yg disampaikan baginda daripada kita….siapa kita nak nafikan kata2 mereka…klu hal2 kesihatan sibuk kata org yg pakar dlm bidang tersebut seperti doktor je yg boleh huraikan….klu hal undang2 sibuk kata pakar undang2 @ lawyer je yg layak huraikan..begitu juga kalau hal ekonomi…tapi kenapa kalau bab agama semua org sibuk nak huraikan walaupun x de ilmu yg dalam pun bidang tu….rujuklah juga pandangan alim ulama’….mereka lebih tahu dari kita….sekian, wassalam
P/s : org yg datangkan dalil2 alquran x semestinya apa yg dikatakan mereka itu betul….alquran itu mmg benar x de yg salah lagi…tapi mereka yg mempergunakan ayat alquran ikut hawa nafsu sendiri tu yg salah..alquran maksudkan lain, mereka paham lain mula lah nak kaitkan dgn isu yg mengikut hawa nafsu mereka tanpa merujuk ijmak ulamak….astaghfirullah wa nauzubillahiminzalik
Berdasarkan dalil2 yg cik kemukakan nampaknya cik terlupa satu utk membeza kan suruhan2 menutup aurat berdasarkan ayat alquran..memang la lain batasan aurat antara, keluarga, adik beradik, anak beranak, orang luar dan sebagainya….nak samakan semua mana boleh…kalau ikut logik pun layanan kita kepada mereka pun lain2 kan mengikut hak masing2….layanan sebagai seorang anak, isteri@suami, ibu@ayah, kawan dan mcm2 lagi…
P/s : satu lagi utk soalan encik/cik kat atas tu…klu nak tahu sangat pergilah sendiri rujuk @ tanya alim ulama’ saya pun bukan alim sangat takut tersalah tafsirkan habis dikira mendustakan agama…nauzubillahiminzalik