fbpx

Pakai Jeans Koyak Lutut, Netizen Kesiankan Nora Danish

Sejak kebelakangan ini ada sahaja kontroversi terpalit pelakon Nora Danish. Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai isu mandi buih, pakai seksi ketika aktiviti mendaki dan dedah bahu.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

Baru-baru ini, perkongsian Nora sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambarnya memakai seluar ‘ripped jeans’ mendedahkan lututnya.

BACA: Tayang Bahu, Netizen Tegur Nora Danish Takutlah Pada Allah

Di akhir perkongsian gambar itu, turut tertulis “Saya sangat matang untuk umur saya tetapi saya masih lagi berjiwa remaja!”

Seperti sudah dijangka, perkongsian Nora itu sekali lagi mengundang kecaman ramai yang kurang senang dengan pemakaian pelakon itu.

Diruangan komen, ada netizen berpendapat cara pemakaiannya itu tidak sesuai dengan usianya yang bakal menginjak 40 tahun ditambah pula stautusnya seorang isteri dan ibu.

Dalam pada itu, ada netizen meninggalkan komen sindiran meluahkan rasa kasihan apabila melihat pelakon itu memakai pakaian koyak rabak.

Malah, ada yang memberi teguran kepada pelakon itu supaya takut kepada Allah dan azab neraka serta mengatakan Nora lebih cantik jika menutup aurat. Apa pun kita doakan yang baik-baik sahaja untuk Nora.