Pakai Baju Sendat & Seluar Pendek, Yuna Rahim Ditegur Netizen
Baru-baru ini, perkongsian pelakon Yuna Rahim menjadi perhatian apabila memuat naik video sedang membuat review berkenaan tinted kereta.
Namun, apa yang mengejutkan ramai adalah penampilannya yang dikatakan terlalu seksi dan terdedah sekaligus menjadi bualan netizen di TikTok.
@yunarahim Aduh, Yuna kena tipu ker? Lately cuaca dekat Malaysia panas betul, tapi nasib baik ada @Raytechfilms_official . Baru la Yuna tahu rupanya kita boleh cek kualiti film tinted kita dekat situ, dan dekat situ jugak you guys jugak, boleh dapatkan nasihat-nasihat yang diperlukan untuk pastikan film tinted kereta uols semua guna kualiti film tinted yang terbaik. Jangan lambat, pergi mana-mana cawangan Raytech di serata malaysia sekarang! #raytechfilms #raytechrx #raytechrx #kingoftint #bestcartint
Menerusi video itu, Yuna dilihat mengenakan baju yang agak ketat dan senda bersama seluar jeans pendek sehingga hampir menampakkan punggungnya.
Diruangan komen, rata-rata netizen kurang senang dengan penampilan pelakon itu sehingga mengundang kecaman.
Tidak kurang juga, ada yang memberi teguran buat pelakon itu supaya menjaga pemakaian serta meminta untuk berubah selagi ada masa.
Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen sempat meninggalkan komen nakal. Bagaimanapun, Yuna dilihat telah pun menutup ruangan komen posting berkenaan.
- SUMBER
- xtra