fbpx

Padu Beb! Ini Antara Animasi Tempatan Yang Femes Di Negara Kita

Memang tak dapat dinafikan lagi, ramai dari kita yang suka menonton filem atau siri animasi luar negara yang dikatakan sangat hebat dan menarik. Kadang-kadang tu sampai tak berkedip mata menontonnya. Ye dak?

Tapi anda jangan tak tahu, negara kita sekarang ini pun dah ramai menghasilkan filem dan juga siri animasi sendiri tau. Paling menariknya, semuanya best-best belaka. Tak kurang hebatnya dengan luar negara tau.

Malah, ada di antara animasi kita yang sudah popular di negara luar tau. Bangga betul jadi anak Malaysia, hehe.

Jom kita lihat beberapa senarai animasi hasil dari anak tempatan kita. Let’s check this out!

1. Upin & Ipin

Haa…inilah antara animasi yang terkenal di negara luar iaitu di Indonesia lah terutamanya.

Siapa je yang tak kenal dengan dua beradik kembar ni. Bukan setakat kanak-kanak je yang layan cerita ni, orang dewasa pun layan jugak tau sebab jalan ceritanya yang menarik. Dorang sampai buat filem tau. Sangat membanggakan!

2. Boboiboy

“Jadi kita perlukan penyelamat Bumi…BoBoiBoy!(x3)” kan dah teryanyi dah. Haha. Boboiboy juga antara animasi yang popular di Malaysia tau. Kalau kami tak tinggal setiap episod tau. Best!

3. Ejen Ali

Ejen Ali antara animasi yang gempak dan jalan cerita yang bagus. Animasi ini turut mengetengahkan teknologi moden. Memang ralid gais menontonnya.

4. Didi & Friends

Animasi ini kalau bagi anak memang terus melekat. Tak cari kartun lain dah gais. Nak pula dengan lagu yang best dan catchy memang menarik minat kanak-kanak untuk menontonnya.

5. Pada Zaman Dahulu

Pada Zaman Dahulu ialah sebuah siri animasi CGI berbentuk kisah dongeng yang juga merupakan judul siri televisyen kedua keluaran Les’ Copaque Production.

Aki sebagai tukang cerita menghiburkan cucu-cucunya, Aris dan Ara dengan mengisahkan cerita-cerita dongeng tentang Sang Kancil dan rakan-rakan rimbanya. Best tau. Teringat masa kecil-kecil dulu, hehe.

Sebenarnya banyak lagi siri animasi terbaik yang kita ada tau. Omar dan Hana, Awang Khenit, Bola Kampung, Puteri, Keluang Man dan sebagainya! Semuanya ada tarikan jalan cerita yang tersendiri.

MDEC Galak Lebih Banyak Filem Animasi

Kalau bercerita bab animasi ni, semestinya Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) antara ‘orang penting’ dalam dunia digital di Malaysia ini.

Kalau anda nak tahu, sektor animasi negara kita ini berpontensi untuk dipasarkan ke peringkat antarabangsa tau. Ini kerana Malaysia mempunyai kecanggihan teknologi dalam industri animasi. Wow!

Seperti Pengerusinya, Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad pernah berkata, produk animasi tempatan seperti Upin ipin sudah mula menempa nama ke pasaran luar malah menerima sambutan luar biasa daripada beberapa negara jiran.

Jelasnya lagi, Negara kita mempunyai keupayaan yang tinggi dari sektor animasi kerana mempunyai teknologi yang canggih.

Bukan itu je, potensi sektor animasi kita besar, dan berupaya sebab kita ada teknologi. Di Malaysia, kita lebih ke hadapan dalam sektor ini keranan kita sudah lama mulakan langkah. Malah MDEC pun boleh bantu dari segi kandungan.

Sebagai agensi peneraju yang menggalakkan lebih banyak penghasilan filem animasi, MDEC akan terus mempergiatkan lagi promosi bagi membolehkan sektor animasi negara menembusi pasaran global! Wah, sama-sama kita nantikan lebih banyak siri dan juga filem animasi kita. Sumber: Astro Awani

Kalau anda nak tahu lebih lanjut tentang MDEC dan apa aktiviti yang anda boleh sertai dalam dunia digital ini, anda klik terus di LINK INI.