Meskipun sudah empat hari mendirikan rumah tangga, kisah pengantin baru Shuib dan isterinya Watie Hanifiah menjadi bualan ramai di media sosial.
Semalam, Shuib dilihat ada memuat naik gambar bersama Watie bermain golf. Shuib turut menyertakan kapsyen mengatakan itu merupakan pertama kali dia bermain golf dengan Watie.
BACA: “Masa Arwah Masih Ada Tak Pernah Sekali Watie Main Golf Dengan Shuib” – Ibu Shuib
Sementara itu, menerusi Insta Story, Shuib memuat naik video mengatakan dia sengaja menulis kapsyen pertama kali pada foto berkenaan.
Menurutnya, kapsyen itu sekaligus menegaskan dia dan isterinya tidak pernah bermain golf bersama seperti yang didakwa oleh netizen.
Dalam pada itu, Shuib juaa memberitahu suara lelaki dalam video tular dimana memaparkan Watie bermain golf itu adalah rakan kepada isterinya.
“Saja je buat kapsyen pertama kali sebab memang pertama kali main golf dengan Watie. So, pada yang komen-komen macam tahu, tanggunglah dosa fitnah itu ya.
“Inilah first time, pertama kali. Kalau kata pasal ‘nice nice’ (video tular ), itu orang lain, kawan Watie,” katanya.
Sebelum ini, ibu kepada pelawak itu iaitu Salamiah Jalani dilihat meninggalkan komen pada gambar pasangan itu serta mengatakan itu merupakan pertama kali anaknya bermain golf dengan Watie.