Nampaknya kontroversi terpalit Aliff Aziz masih tiada kesudahan apabila nama penyanyi Caprice turut terbabit apabila didakwa bersubahat untuk mengaibkan Bella Astillah.
Terbaru, pengurus Bella Astillah dikenali sebagai Niel Rafeq pula tampil bersuara serta mendakwa Caprice mempunyai niat jahat apabila memuat naik gambar, video dan tiket penerbangan milik Bella dan Muaz Zubir.
BACA: “Jangan Risau Dia Sayang Awak, Sebab Tu Tinggalkan Kami Anak Beranak” – Bella
Menerusi perkogsian di Instagram, susulan pendedahan tiket penerbangan itu ramai memfitnah Bella pergi bercuti bersama Muaz sebaliknya dia juga ada bersama kerana penerbangan itu atas urusan kerja.
Malah, Niel turut tertanya-tanya mengenai pendedahan tersebut sedangkan ianya sudah diketahui umum pada bulan lalu termasuk keluarga kedua-dua belah pihak serta Aliff sendiri.
Dalam entri itu, Niel turut mendedahkan bukti dia ada bersama dimana Bella berada termasuk beberapa individu lain. Katanya lagi, Caprice tidak sepatutnya terlepas pandang serta selidik terlebih dahulu sebelum menyebarkan sesuatu.
Sementara itu, dalam perkongsian lain, Niel dilihat memuat naik semula perkongsian Caprice yang mahu mendedahkan perkara melibatkan Bella dan Muaz. Niel turut mempersoalkan semula tindakan Caprice mahu mendedahkan perkara tersebut sedangkan keduanya sudah pun mengaku dan telah selesai.
View this post on Instagram
Malah, pengurus Bella turut bertanyakan mengapa Caprice tidak boleh membahas mengenai kecurangan dan penipuan Ruhainies serta Aliff Aziz selepas ditangkap khalwat.
“Tak faham kenapa nak ulang benda yang sama lain lah kalau Bella dan Muaz tu tak mengaku. BENDA DAH LAMA DAN SETTLED faham ke tak ya. Dah sah sah 1 Malaysia tahu. Caprice nak apa sebenarnya ni? Kenapa tak boleh bahas pasal kecurangan dan penipuan ruhainies dan aliff lepas tangkapan khalwat?,” tulisnya.