fbpx

‘Owner’ Raja Lawak Sahkan Cerita Mamat Sepah Adalah Betul

Perkongsian pelawak Jep Sepahtu menjadi perhatian ramai apabila memuat naik status mempersoalkan sudah tiada nama lain ke yang mahu ditunggang.

Menerusi entri itu juga, Jep apa yang diceritakan di dalam satu podcast kebanyakannya direka dan ditokok tambah.

BACA: “Waktu Susah Kau Cari Aku, Waktu Senang Kau Tinggal Aku” – Posting Mamat Sepah Jadi Perhatian

Meskipun tidak menyatakan nama mana-mana pihak, namun netizen membuat spekulasi mendakwa ianya merujuk kepada podcast dimana Mamat yang berkongsi semula cerita penubuhan Sepah.

Mamat mendedahkan kumpulan Sepah pada awalnya tidak terpiih namun Michael Simon yang menerbitkan rancangan Raja Lawak yang menghubunginya dan meminta mereka datang kembali.

“Pada masa tu saya dah tak ada mood, sebab sudah dikatakan tidak layak. Michael datang dan dakwa dirinya sebagai dia adalah owner Raja Lawak.

“Keesokan harinya, Michael Simon hubungi saya. Dia kata dia Michael Simon yang jumpa saya semalam, dia adalah owner Raja Lawak. Kamu  boleh tak datang.” katanya.

@inspirasi.my

Antara orang yang mainkan peranan penting dalam kerjaya seni pelawak-pelawak tanah air seperti Zizan Razak, Johan, Nabil Ahmad, Allahyarham Yus, Tauke, Shuk Sahar, kumpulan Sepahtu & ramai lagi. Ada yang tanya, siapa yang cipta rancangan Raja Lawak, Maharaja Lawak & Maharaja Lawak Mega? Ini lah orangnya, Michael Simon. Kita dengar sikit cerita dari Michael Simon ketika kumpulan Sepah di rancangan realiti Raja Lawak. Mungkin juri atau orang lain tak nampak bakat @jepsepahtu , @shuibsepahtu & @mamatsepah , tapi alhamdulillah rezeki mereka bila boss besar Raja Lawak nampak bakat mereka ketika itu. Apa pun, kita doa yang terbaik buat mereka ya. Rindu dengan lawak Sepah! ? #InspirasiUnifiTV #Sepah #sepahtureunion #sepahtu #rajalawak #maharajalawakmega

? Epic Music(863502) – Draganov89

Dalam satu temu bual, Michael mengesahkan cerita tersebut dan berkata dia dapat lihat bakat Sepah meskipun pada awalnya mereka tidak layak.

“Tetapi pada pandangan saya, mereka adalah berbakat. Jadi, sebagai pihak penerbitan maka saya mendesak agar mereka mereka dimasukkan. Sebab kita mahu cari bakat yang ‘raw’ dan terpendam.

“Selepas saya tengok mereka pada sesi ujibakat, mereka memang ada bakat dan saya cakap dengan budak budak ini, mereka ni bagus. Tetapi tak ke mana.

“Pada awalnya mereka tidak layak, namun ketika dalam proses untuk senarai akhir, maka saya sedaya upaya mendesak untuk mereka. Sebab mereka memang berbakat dan tengoklah sendiri, mereka menang,” katanya.

Dalam pada itu, Michael berkata perpecahan Sepah mungkin ada kelebihan untuk mereka namun terkilan kerana trio itu sudah berpecah. Bagaimanapun, Micheal berharap suatu hari nanti Sepah akan bersatu kembali