Seringkali muncul dengan filem arahannya yang menonjolkan adegan intim di antara pelakon, Osman Ali baru-baru ini menafikan bahawa filem terbarunya, Pilot Cafe menggalakkan orang ramai untuk terjebak dengan gejala tidak sihat dan hubungan terlarang.
BACA: Maya Karin Nafi Dakwaan Jadi Anak Emas Osman Ali
Menurutnya, apa yang dipaparkan menerusi kisah adaptasi novel nukilan Ahadiat Akashah itu ialah mengangkat realiti kehidupan yang berlaku dalam kalangan masyarakat juga nasib wanita teraniaya.
“Bukan bertujuan mengalakkan gejala anak luar nikah atau perkara negatif lain. Sebaliknya, ia adalah paparan dalam realiti kehidupan yang berlaku kalangan masyarakat kita hari ini. Selain itu, mengenai nasib wanita yang banyak dipergunakan kaum lelaki untuk kepentingan diri mereka sendiri”
“Wanita itu menjadi mangsa penganiyaan dan hamil anak luar nikah dan turut memaparkan natijah dan akibat apabila sesorang itu terjerumus dalam perbuatan tersebut” jelasnya kepada Malaysian Digest.
Tambah Osman Ali lagi, sebagai pengarah, dia cuba memberikan garapan terbaik dan menyerahkan kepada penonton untuk menilai hasil yang dibawakan. Jika penilaian yang dibuat positif, maka mesej positif yang dapat disampaikan kepada orang ramai. (rtky/s)