fbpx

Bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad dilaporkan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru, Johor.

Memetik sumber Harian Metro, , Suhaimi terpaksa ditidurkan dan dan bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan selain organ dalamannya gagal berfungsi.

BACA: Ina Naim Ketawa Terbahak-Bahak, Gelakkan Gigi Rongak Suhaimi Saad

“Suhaimi dikatakan mengalami jangkitan hingga berlaku kegagalan organ dalaman dan kini bergantung kepada alat bantuan pernafasan sepenuhnya.

“Difahamkan dia mengalami batuk kronik sejak empat bulan lalu, cirit-birit selama tiga bulan dan berat badannya turun mendadak,” katanya.

Difahamkan Suhaimi sudah berada di hospital berkenaan sejak Jumaat lalu.

Sebelum ini, ketua kumpulam In-Team, Mohd Syahril Abdul Khalid memaklumkan keadaan penyanyi itu kurang baik dan sedang ditidurkan.

Menurut Mohd Syahril, dia difahamkan Suhaimi sudah beberapa bulan kurang sihat dan muntah setiap kali makan hingga berat badan susut.