fbpx

“Orang Melayu Suka Dengki, Rasa Diri Tu Betul”

Pelakon Fathia Latiff berkata dia rimas dan penat apabila ada segelintir pihak mendakwa dirinya sakit serta menegaskan bahawa dia tidak sakit.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Fathia berkata dia boleh mengambil tindakan terhadap individu yang mendakwanya sakit namun dia enggan berbuat demikian.

BACA: Fathia Latiff Mengaku Ada Darah Diraja Jepun

“Kepada peminat, keluarga, pengikut, ‘stalker’ dan homofobia. Saya bosan apabila orang asyik mengatakan saya sakit, saya tak sakit!

“Saya sebenarnya boleh mengambil tindakan terhadap mereka yang menuduh, tetapi saya tidak mahu berbuat demikian sebab banyak perkara lain yang lebih baik untuk dilakukan.

“Ini adalah hidup saya dan pilihan saya untuk melakukan apa sahaja yang saya mahu. Walaupun perkara itu buruk atau jahat. Tiada kaitan dengan anda,” katanya.

Sementara itu, Fathia berkata banyak perkara negatif dilemparkan terhadap dirinya di negaranya sendiri.

“Tidak kira saya ini seorang selebriti, jutawan atau pengemis, nampak gayanya pihak berkuasa berat sebelah. Saya tidak perlu membuktikan atau beritahu sesiapa tentang perkara yang patut atau tidak patut.

“Banyak sangat perkara negatif di tempat saya sendiri (Malaysia) dengan orang-orang berfikiran negatif dan sering melemparkan fitnah ke atas saya.

Dalam pada itu, Fathia turut meminta mereka yang berkenaan untuk melihat diri mereka terlebih dahulu daripada menyibuk mengenai kehidupan orang lain.

“Berhenti menyalahkan orang dan lihat diri anda dan keluarga terlebih dahulu. Cukuplah. Orang Melayu suka dengki, fikir bukan-bukan dan rasa diri tu betul. Itu apa yang ayah saya kata. Semua ini amat menyedihkan saya,” katanya.