fbpx

“Orang Cakap Tak Baik Pasal Suami Saya, Sebagai Isteri Saya Pun Terasa”

Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz dinobat sebagai juara Gegar Vaganza, Bella Astillah berkata kemenangan suaminya itu bukanlah untuk menutup mulut netizen yang mengkritiknya sepanjang GV berlangsung.

Kata Bella lagi, ia adalah rezeki dan ganjaran buat Aliff yang sudah berusaha untuk memberikan yang terbaik selama 10 minggu bertanding. Namun, Bella berkata jika ada yang bercakap negatif mengenai suaminya sudah tentu dia juga terasa.

BACA: Krew Dedah Rutin Aliff Aziz, Imamkan Solat Sebelum Pertandingan Bermula

“Bukanlah mahu kata nak tutup mulut netizen, tapi dia suami saya. Apa yang orang cakap tak baik pasal dia, sebagai isteri saya pun terasa. Tapi dia sangat positif. Dia yang tegur saya suruh berhenti…jangan layan netizen.

“Tapi saya beritahunya…saya nampak awak punya usaha. Kita tak suka bila orang cakap Aliff anak emas Astro. Saya tak suka sebab saya tahu, kita dekat sini struggle macam mana,” katanya.

Menjelaskan mengenai ada yang menganggap lagu yang dipersembahkan Aliff senang belaka, Bella berkata bagi suaminya ianya tidak mudah malah nyanyiannya juga sering ditegur.

“Ada yang cakap lagu Aliff senang. Pada deorang mungkin senang, tapi tidak bagi Aliff. Dia perlu menari sambil menyanyi, low note dia pun selalu kena tegur. Jadi kita cuba perbaiki.

“Aliff marah saya, katanya berhenti daripada menjelaskan kepada mereka (netizen), kalau mereka tak suka, kita tak boleh nak paksa. Asalkan kita tahu niat kita,” katanya.

Ahad lalu, Aliff dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza musim kelapan menewaskan lima peserta lain sekaligus membawa pulang wang tunai RM100,000.