fbpx

Ogy Ahmad Daud Tak Boleh Terima Lawak Jenaka Hina Islam

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai isu seorang pelawak membuat persembahan menghina agama sekaligus mendapat perhatian penggiat seni.

Memetik Harian Metro, pelakon senior, Fauziah Ahmad Daud atau mesra disapa Ogy  menyifatkan pelawak yang berjenaka dengan isu-isu sensitif adalah tidak kreatif. Seolah geram dengan situasi berlaku, Ogy berkata jika itu adalah anaknya sudah pasti direjamnya.

BACA: Ogy Ahmad Daud ‘Berbulu’ Sikap Pelakon Baru Kuat Merajuk, Tak Boleh Ditegur

“Kalau itu anak aku, memang aku dah rejam dah. Orang yang memepersendakan agama dalam berjenaka ini maknanya dia tak kreatif.

“Betul, kreativiti tidak ada had tapi apa sahaja yang menyentuh isu sensitiviti awak jangan sesekali lakukannya. Ia mudah sahaja,” katanya.

Menurut Ogy, sudah menjadi tanggungjawab untuk seorang muslim mempertahankan agama meskipun ada pihak yang kurang senang dengan tindakan tersebut.

Bila perkara itu dah dipaparkan kepada kita, maka tanggungjawab kita untuk bersuara. Saya tak peduli kalau ada artis-artis lain yang nak pertahankan mereka. Itu masalah mereka.

“Sebagai orang Islam saya mesti bersuara bila mereka berkata buruk pada agama saya. Saya tak boleh terima, saya sangat-sangat tak boleh terima itu. Saya akan pertahankan agama dan bangsa saya,” katanya.

Dalam pada itu, Ogy berkata tindakan yang dilakukan oleh individu tersebut bukan lawak jenaka tetapi biadap serta tidak boleh diterima.

“Itu bukan lagi jenaka dan dia memang biadap. Charlie Chaplin tak perlu pun biadap. Kalau nak hidupkan budaya barat awak pergilah ke negara sana. Setakat TTDI tak payahlah.

“Kemudian, mereka mainkan kalam-kalam Allah seperti Insya-Allah. Apa itu? Itu saya memang tak boleh terima. Saya tak peduli orang nak cakap apa tentang saya. Ini adalah tanggungjawab saya sebagai orang Islam. Kita akan ditanya di sana nanti, apa kita cakap?,” katanya.