fbpx

Obses Dengan Isteri, Yonnyboii Kata Tak Salah Pun

Hampir tiga bulan mendirikan rumah tangga, penyanyi rap Yonnyboii berkata kehidupannya kini lebih teratur berkat bantuan isterinya, Nik Nazira Narriman.

Memetik Harian Metro, Yonny berkata kerjanya kini bertambah baik dan rezekinya melimpah ruah selepas berkahwin.

BACA: Isteri Yonnyboii Dah Tak Bertudung

“Selepas berumah tangga, rezeki datang bertimbun-timbun. Dari sudut kerjaya, pendapatan juga semakin bertambah.

“Dari sudut kehidupan, saya rasa gembira kerana ada orang yang bantu terutama dari segi pengurusan jadual dan sebagainya sebab saya memang jenis pelupa,” katanya.

Yonny turut berkongsikan isterinya sering menjadi penenangnya setiap kali berdepan serangan ‘anxiety’ dan pujukan isterinya itu sentiasa menenangkannya.

“Sebelum ini, berlaku kesukaran apabila saya berdepan serangan ‘anxiety’. Sekarang, apabila sudah ada isteri, dia menjadi orang yang sentiasa mengingat dan menenangkan saya.

“Nasihatnya adalah supaya saya bernafas dengan tenang, pandang muka dia dan dia akan beritahu saya bahawa semuanya okay. Dia selalu berpesan kepada saya supaya tidak terlalu banyak berfikir. Pujukannya memang berkesan untuk menenangkan saya,” katanya.

Ditanya mengenai dirinya yang dilabel obses dengan isterinya, Yonny berkata ia bukan satu kesalahan apatah lagi itu adalah isterinya sendiri.

“Saya rasa okay saja dan tak jadi masalah pun sebab itu isteri saya sendiri,” katanya.

Yonny dan Nazira selamat mendirikan rumah tangga pada 20 November lalu di Duchess Place, Ampang selepas sebulan mengikat tali pertunangan.