Permulaan tahun yang baik bagi Nurul Wahab apabila dia selamat melahirkan anak kedua hasil perkahwinannya dengan Eric Daniel Depp.

Bayi lelaki yang diberi gelaran Baby R dilahirkan secara pembedahan di Pusat Perubatan Prince Court, jam 4.43 petang semalam.


“Keadaan saya dan anak kedua okey. Cuma bayi dilahirkan tak cukup bulan maka dia dipantau dan diletakkan di dalam inkubator. Saya dinasihatkan berehat dan dilarang menerima pelawat lagi buat masa ini,” katanya.

Selain Nurul, bulan ini turut menyaksikan ramai artis tanah air menyambut kelahiran anak antaranya Sharifah Aleya, Ayu Damit dan Black Hanifah. (rtky/syfq)