fbpx

Nur Sajat Teruja Bawa Keluarga Tunai Umrah

Berkat usaha dan rezeki yang diberikan, Nur Sajat tidak lama lagi akan berangkat ke Mekah membawa orang tuanya mengerjakan ibadah umrah. Menerusi Instagram, Sajat telah memaklumkan berita berkenaan dan turut sama memohon doa dari peminatnya buat beliau sekeluarga.

BACA: “Dia Tempat Saya Kongsi Masalah Hidup”

“Alhamduillah bulan 12 ini kami sekeluarga akan pergi ke umrah. Doa yang terbaik, sekian lama menunggu untuk urusan ini, bukan kerana sajat tak nak pergi awal atau melewatkan hal baik ini, disebabkan mak ayah sajat bankrup C, so sajat sebagai anak kena settle hal itu terlebih dahulu”

“Doakan yang baik untuk kami sekeluarga. Amin,” tulisnya menerusi akaun Instagram mengenai hasratnya yang akhirnya tercapai untuk membawa keluarga ke Mekah untuk menunaikan umrah bersama.

Dalam masa yang sama Sajat turut menjelaskan mengapa hasratnya itu baru dapat ditunaikan sekarang biarpun keadaan kewangan beliau tidak mempunyai masalah. Bagaimanapun status yang dimuat naik Sajat tidak kelihatan sebarang komen kerana beliau menutup ruangan itu.

Apapun semoga segala urusan Sajat untuk mengerjakan umrah dipermudahkan serta berjalan dengan lancar. Niat baik sebegini biar Tuhan saja menilainya, tidak perlulah kita pula yang sesuka hati meletakkan hukuman ya. Doa yang baik-baik saja. (rtky/w)