fbpx

Nur Sajat Nafi Ke Mahkamah Untuk Tukar Jantina

Isu jantina bagaikan tidak pernah habis dalam hidup usahawan terkenal, Nur Sajat. Terbaru, Sajat menafikan dakwaan mengatakan beliau terpaksa hadir ke mahkamah untuk membuat permohonan pengesahan jantinanya sabagai wanita sebeum berangkat ke Mekah Disember depan. Malah Sajat juga turut meminta bukti bagi siapa yang menfitnahnya itu.

BACA: “Kita Kan Memang Ada Dua Kemaluan” – Nur Sajat

“Buktikan mahkamah mana saya pergi? Kenapa saya nak pergi umrah sampai nak dapatkan perintah mahkamah? Macam saya ni penjenayah pula. Saya pergi umrah bukan kerana orang lain tetapi kerana Allah. Bagi saya (dakwaan itu) mengarut dan berbaur fitnah. Sepatutnya mereka mendoakan yang baik-baik, bukan mempersoalkannya”

“Kenapa masih keliru? Yang pergi sana tu adalah saya. Bukan nak buktikan saya wanita tetapi nak pergi umrah kerana Allah. Saya tak ada pun nak pergi mahkamah untuk urusan tukar jantina saya. Saya pun tak tahu kenapa mereka cerita hal peribadi sampai macam tu sekali”

Menyedari pelbagai kontroversi berkaitan dirinya bakal mengerjakan umrah, Sajat menjelaskan pemergiaannya bersama keluarga ke Mekah adalah untuk menunaikan nazar di atas kejayaannya dalam bidang perniagaan dan bukan untuk membuktikan jantinanya sebagai wanita.

“Saya sebelum ni dah bernazar untuk bawa keluarga terutama ibu bapa saya apabila perniagaan saya sudah sampai ke satu tahap seperti sekarang. Orang nak ‘judge’ saya macam-macam, saya tak ambil peduli kerana saya tahu nak pergi sana untuk jumpa Pencipta saya. Tak kisahlah mereka nak mengata pasal saya, itu hak mereka,” katanya kepada Malaysian Digest. (rtky/w)