fbpx

Norman Hakim Menang Artis Lelaki Bibir Seksi, Abby Abadi Wakil

Alahai. Ringan sangat berita yang kami bawa tengah tengah malam begini. Ah what the hell. Layankan atau anda tidur sahaja.

Baru-baru ini, sebuah majlis anugerah kurang popular berlangsung mempertandingkan kategori yang pelik & aneh untuk dunia artis — termasuk kategori Artis Lelaki Bibir Seksi.

Dan, pemenangnya tidak lain tidak bukan, Norman Hakim yang anda semua sayangi. Apa yang menarik, Abby Abadi tampil ke’atas pentas untuk mengambil trofi.

“Saya dan Norman biasa-biasa sahaja. Saya nampak dia cuba berbaik-baik dengan saya dan anak-anak. Jadi, saya pun tidak ada masalah dengan dia. Dia pun selalu datang ke rumah untuk jumpa anak-anak.”

“Saya naik ke pentas tadi bukan kerana dia suruh saya wakilkan, tetapi ia berlaku secara spontan. Apabila saya tahu dia tidak hadir, saya terus naik ke pentas untuk ambil anugerah yang dia menang,” jelas Abby Abadi.

Di’tanya tentang bibir Norman Hakim, Abby Abadi berkata mungkin benar Norman Hakim memiliki bibir seksi. Mungkin benar? Itu sahaja?