Amboi Norman Hakim apabila di’beri peluang untuk bercakap soal tanggungjawab, tinggi perumpamaan.

Dalam temubual bersama Harian Metro baru baru ini, Norman Hakim ada menyebut tentang perasaan berkenaan perkahwinan kedua beliau.


Memey Suhaiza yang turut berada dalam video temubual menyebut Norman Hakim pernah berkata yang perkahwinan mereka yang bakal berlangsung ini umpama memiliki isteri kedua.

Maklumlah menurut Memey Suhaiza, Norman Hakim seorang lelaki yang bertanggungjawab, tidak pernah mengabaikan keperluan anak anak bersama Abby Abadi.

Norman Hakin & Memey Suhaiza juga mendakwa rancangan awal perkahwinan mereka cukup sederhana sehinggalah berita tersebar & penajaan mula datang mencurah. Kini, jumlah penajaan adalah RM13 juta.



Anda boleh menonton video temubual Norman Hakim & Memey Suhaiza menjelang perkahwinan mereka 25 September nanti. Enjoice!