fbpx

Noraniza Idris, Michael Ang Akhirnya Berdamai

Persengketaan antara pengarah dan pelakon Michael Ang dan Ratu Etrnik Kreatif, Noraniza Idris berakhir apabila kedua-dua mereka bertemu empat mata dan berdamai di pentas AME200 malam semalam.

Mengambil peluang untuk saling bermaafan, Michael berkata sejak awal lagi dia tidak ada masalah untuk bertemu dengan Noraniza. Mike mengakui mungkin caranya kasar namun pendapatnya di Twitter itu hanya luahan jujur.

BACA: “Nak Jumpa Sebab Nak Kenal Michael Ang Lebih Dekat”

“Saya sebenarnya tak ada masalah untuk bertemu dan minta maaf dengan Kaka Ani, mungkin cara saya kasar dan kelihatan seperti ada masalah personal.

“Tapi apabila saya meluahkan pendapat di Twitter, ia adalah luahan jujur sebagai seorang peminat program realiti dan bukannya sebagai rakan seindustri.

“Lpeas ini rasanya saya tak akan berhenti berkongsi pendapat jujur itu pada masa akan datang sebab orang pun tahu mulut saya macam mana kan,” katanya.

Sementara itu, Noraniza berkata dia mahu bertemu Michael bukan untuk bertikam lidah tetapi hanya ingin mengenali pengarah itu dengan lebih dekat. Selepas berjumpa, Noraniza mengakui Michael seorang yang baik.

“Saya nak jumpa Mike sebab nak lihat orangnya bagaimana. Ada orang kita tengok dia lantang berkata-kata tapi hatinya tak begitu seperti Azwan Ali.

“Bila saya jumpa Mike, ternyata orangnya baik. Jadi saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada Michael di atas segala apa yang berlaku sebelm ini,” katanya.