Nora Danish Nafi Kembali Bersama Jejai

Pelakon Nora Danish mengakui terkejut apabila dikatakan menjalin hubungan dengan bekas saminya, Datuk Rizal Ashram Ramli atau lebih Jejai.

Memetik mStar Online, Nora juga tertanya-tanya bagaimana gosip tersebut boleh timbul, namun dia tidak hairan kerana masing-masing belum berkahwin.

BACA: Takut Azab Neraka al-Hutamah, Nora Danish Jual Semua Kasut Tinggi

Menurut Nora, tiada hubungan istimewa antara mereka dan hubungan baik yang terjalin adalah demi anak-anak.

“Siapa agaknya yang sebarkan gosip ini? Tiada angin tiada ribut tiba-tiba saya dikaitkan kembali dengan Jejai. Hubungan kami tiada yang extra dan masih sama seperti dulu.

“Sejak dulu lagi saya sentiasa berpegang pada prinsip untuk menjaga hubungan baik demi anak-anak kerana mereka adalah amanah Allah kepada kami,” katanya.

Sementara itu, Nora meluahkan rasa syukur kerana Jejai sentiasa berusaha menjadi bapa yang bertanggungjawab dan sanggup berkorban demi anak-anak.

“Dia seorang yang bekerja keras untuk keluarga dan sentiasa berusaha menjadi ayah yang bertanggungjawab. Dia sanggup mengorbankan kegembiraannya sendiri demi pastikan anak-anak jalani hidup yang baik.

“Dalam Islam, menjaga silaturahim itu satu tuntutan, lebih-lebih lagi dalam urusan kekeluargaan. Doakan saja yang baik-baik buat kami,” katanya.

Untuk rekod, Nora dan Jejai mendirikan rumah tangga pada 20 Jun 2006 namun bercerai pada Julai 2008. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Putra Rayqal kini berusia 16 tahun.

Sumber: mStar Online

×