fbpx

Nora Danish Mahu Tambah Zuriat Bersama Nedim Nazri

Mengimpikan sebuah majlis perkahwinan sederhana, Nora Danish akui beliau dan pasangan, Nedim Nazri tidak mahu berhabis wang untuk perkahwinan besar, cukup sekadar bernikah. Malah katanya lagi, beliau juga berhasrat untuk menimang cahaya mata bersama bakal suaminya itu.

BACA: Nora Danish: Berkahwin Kerana Allah

“Daripada berhabis untuk hantaran dan belanja kahwin tinggi, ada baiknya wang itu disimpan dan digunakan apabila kami melayari hidup berumah tangga nanti. Sudah tentu wang banyak yang perlu dibelanjakan dalam jangka masa panjang. Ada baiknya duit yang ada itu kami laburkan”

“Tambah pula selepas berkahwin, pastinya saya dan Nedim mahu menimang cahaya mata lagi. Membesarkan anak-anak zaman sekarang belanjanya agak tinggi. Pada waktu sama, wang yang ada boleh kami gunakan untuk memulakan perniagaan bersama,” jelasnya kepada Harian Metro.

Selain itu, Nora turut berkongsi kesungguhan Nedim yang ingin menjadikannya isteri dan berkahwin pada tahun ini, antara sebab beliau tidak berfikir panjang mengenainya. Malah, pengalaman lalu sedikit pun tidak membuatkan beliau takut untuk bernikah lagi.

Malah baginya lagi, kegagalan perkahwinan terdahulu banyak mengajarnya dan juga Nedim yang turut pernah berkahwin sebelum ini untuk menjadi suami isteri yang lebih baik serta mendidik diri untuk sentiasa bersabar didalam perhubungan supaya dapat melalui liku-liku perkahwinan. (rkty/w)