fbpx

Nora Danish Dikecam Gara-Gara Belanja Punggung

Baru-baru ini perkongsian pelakon Nora Danish menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambarnya dari belakang memaparkan bahagian punggungnya.

Menerusi gambar tersebut, Nora dilihat memakai seluar jeans ketat sehingga menampakkan bentuk punggungnya. Seperti sudah dijangka, foto tersebut menimbulkan rasa kurang senang netizen.

BACA: Nora Danish Dihentam Bawa Anak-Anak Dine-In

Rata-rata netizen menegur tindakan Nora berkongsikan gambar tersebut yang dilihat kurang manis apatah lagi pelakon itu merupakan seorang isteri dan juga ibu.

Sementara itu, ada segelintir netizen menitipkan pesanan supaya lebih menjaga aurat apatah lagi umur semakin meningkat.

Dalam pada itu, ramai yang memuji Nora yang tetap cantik dan langsing meskipun sudah bergelar ibu kepada dua cahaya mata.