fbpx

Nora Danish Bangga Suami Berkaki Ayam Bantu Mangsa Banjir

Umum mengetahui, sejak Ahad lalu suami kepada pelakon Nora Danish iaitu Nedim Nazri turun padang bersama pasukannya menyertai misi menyelamat dan menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Nora meluahkan rasa bangga dengan suaminya yang bersemangat turun padang sehingga berkaki ayam.

BACA: 2 Hari Terperangkap Dalam Banjir, Suami Nora Danish Sebak Selamatkan Bayi

Menurut Nora, suaminya seorang yang penggeli dan tidak tahu dari mana Nedim mendapat semangatnya apabila sudah empat hari berturut-turun membantu golongan yang terjejas akibat banjir.

Dalam entri tersebut, Nora mengagumi usaha yang dilakukan suaminya itu serta akan terus memberi sokongan buat Nedim untuk membantu mereka yang terjejas.

“Berkaki ayam? Suami saya la seorang yang sangat penggeli yang teramat. Sangat-sangat bangga dengan awak sayang. Saya tak tahu mana awak dapat semang awak. Empat hari berturut-turut, dari satu tempat ke satu tempat sampai tak makan.

“Pagi-pagi dah bangun, telefon sana sini cari tempat yang memerlukan bantuan sampai bergaduh nak tolong orang,” tulisnya.

Ahad lalu, Nedim meluahkan rasa sebak apabila berjaya menyelamatkan dua orang bayi yang sudah dua hari terperangkap dalam banjir bersama ahli keluarga yang lain di Taman Sri Muda, Shah Alam.