Pelakon Noorkhiriah berkongsikan dia menerima hadiah ‘istimewa’ daripada suaminya sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-47.

Menerusi satu video dikongsikan, Khiriah berkata dia meluahkan rasa terkejut apabila suaminya, Azfaizul Ahtan menghadiahkan set kain kafan buatnya.

BACA: Noorkhiriah Puji Sifat Lemah Lembut Puteri Balqis, Tinggi Budi Bahasa

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @khiriah17

“Saya nak pergi jalani penggambaran, sekali pandang belakang. Kain kafan hadiah hari jadi dari suami. Siap dengan riben. Saya terima,” katanya.

Sementara itu, Khiriah berkata dia menganggap hadiah tersebut adalah sebagai tanda mengingati kepada kematian dan sempat berseloroh pada hari tersebut dia akan menjalani penggambaran di tanah perkuburan.

“Halus permainan ini. Dahla hari ini penggambaran di kubur. Tahniah sebab kita semakin dekat dengan kematian,” katanya.

Noorkhiriah mendirikan rumah tangga dengan Azfaizul Ahtan pada 2006 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Muhammad Hudhaifah, 15, Muhammad Yusoff, 13, dan Nur, 6.

×