Hanya kerana gara-gara membuat ‘review’ barangan di akaun sosial miliknya, ada mulut jahat mendakwa Noorkhiriah sudah tidak laku. Namun Noorkhiriah menempelak dakwaan tersebut dan percaya rezeki sudah tertulis buatnya.
BACA: Dulu Pernah Cukur Kening, Noorkhiriah Akui Menyesal
“Saya percaya apa yang dibuat pasti memberi perspektif baik atau buruk kepada orang yang melihatnya. Mungkin ada yang menganggap saya seperti meraih simpati apabila tiada tawaran berlakon hingga sanggup buat ulasan produk atau perkhidmatan di Instagram”
“Tak kisahlah apa orang nak cakap, saya hanya memanfaatkan peluang yang ada. Saya hanya menghebahkan sesuatu barangan atau servis dengan kelebihan yang ada. Selebihnya, saya percaya rezeki sudah tertulis”
“Syarikat produk atau perkhidmatan memberitahu mereka mendapat perhatian yang lebih hasil perkongsian saya. Itu sudah membuatkan saya bersyukur. Setidak-tidaknya, perniagaan mereka maju dan ada rezeki dikongsi,” jelasnya.
Jelas Noorkhiriah, bukan tiada sebarang tawaran berlakon tetapi beliau memilih untuk menolaknya. Tapi Noorkhiriah memberitahu, beliau sedang menunggu penggambaran drama Nur 2 yang bakal bermula tidak lama lagi. (rtky/w)