fbpx

“Nombor Telefon Shuib Pun Saya Tak Ada”

Tiada angin tiada ribut, baru-baru ini nama penyanyi Siti Nordiana atau Nana pula yang menjadi sebutan sehingga ada yang mengatakan sesuai untuk dijadikan isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu.

Semuanya gara-gara sebuah video seorang pereka fesyen yang memaparkan Nana hadir untuk menempah busana dengannya dan sempat berseloroh, adakah baju itu baju untuk kahwin.

BACA: Ada Yang Jodohkan Siti Nordiana Dengan Shuib

Tidak tahu bagaimanapun gosip seperti itu boleh timbul, Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana berkata dia ke butik untuk membuat baju persembahan bukan baju pengantin.

“Saya pun tak tahu macam mana benda ini (gosip) ditimbulkan dan video saya ke butik itu boleh jadi ‘viral’ sebab di antara pihak saya dan butik berkenaan sebenarnya kami sudah sering bekerjasama sebelum ini.

“Saya datang ke butik terbabit pun bagi membuat baju untuk persembahan. Tak ada kena-mengena langsung dengan tujuan nak tempah baju pengantin seperti yang diusik-usik itu.

“Sebenarnya, nombor telefon Shuib pun saya tak pernah ada selama ini. Jadi, macam manalah kami kena gosip. Memang kelakar usikan netizen ni,” katanya.

Dalam pada itu, Nana berkata dia susah lali dengan gosip berkenaan serta menyifatkan ianya lumrah kehidupan sebagai artis.

“Insya-Allah, saya okey saja menerima setiap gosip yang muncul ini, asalkan ia tidak keterlaluan. Bagaimanapun, saya bukanlah wanita yang mungkin netizen cuba teka itu,” katanya.

Minggu lalu, hangat diperkatakan mengenai Shuib apabila pelawak itu mengakui ada mengenali seseorang selepas hampir lima bulan pemergian isteri tercinta.