fbpx

Noh Salleh Terkejut Mizz Nina Tarik Kes Penjagaan Anak

Penyanyi Noh Salleh terkejut apabila bekas isterinya, Mizz Nina mengambil keputusan menarik semula kes hak penjagaan penuh dan inter-parte anak angkat mereka.

Memetik Oh Bulan, Noh berkara dia hanya mahukan kebenaran serta mendakwa dirinya dianiaya dikhalayak ramai.

Sementara itu, Noh turut menafikan dakwaan menculik anak angkatnya sebaliknya ketika Musa dibawah jagaanya dia mencari Mizz Nina untuk berbincang.

“Saya terkejut, dia (Mizz Nina) minta saya datang mahkamah kemudian dia menarik kes. Ketika proses Sulh pun tiada apa yang terjadi. Jadi tunggu esok (6 Februari) di hadapan hakim.

“Harapan saya semoga ada kebenaran kerana saya sudah dianiaya di hadapan khalayak ramai, saya hanya mahu kebenaran.

“Saya tidak menculik Musa, ketika itu saya ada persembahan di Sabah. Kalau saya culik saya akan sorok. Tapi saya tunjuk Musa ada dengan saya. Saya juga mencari Mizz Nina untuk berbincang,” katanya.

Dalam pada itu, Noh yang hadir di prosiding Sulh bagi hak penjagaan Musa yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam berkata dia tidak tahu punca bekas isterinya menarik semula kes tersebut.

“Saya perlu menjawab tuduhan dia, tidak adil di sebelah pihak saya dan apa sebenarnya permainan dia? Saya mahukan kebaikan untuk Musa.

“Tiada perjanjian hak penjagaan, kalau ada sila tunjukkan. Surat yang dikatakan hanya SD (akuan berkanun) sahaja, tidak boleh digunapakai dalam kes ini dan surat itu sudah ditarik balik.

“Kalau boleh nak jaga sama-sama, ada sebab saya buat begitu. Saya tidak akan suka-suka masuk hal rumah tangga orang.

“Itu bukan anak dia, Musa anak Wan Nuraisyah Athirah. Saya sudah dapat surat pengesahan daripada ibu kandung Musa,” katanya.