fbpx

Selamat pagi semua & bagaimana hari Isnin anda setakat ini? Baru masuk pejabat, jangan rushing buat kerja terlebih dahulu. Chillax.

Kami baca artikel seorang penulis di New Straits Times (NST) ini dua hari lalu namun molek untuk kami kongsikan hari ini.

Sebuah artikel di NST baru baru ini menganalisa secara rambang salah satu punca yang menjejaskan kutipan tayangan filem tempatan & mengenalpasti Youtube sebagai salah satu punca utama.

Filem Bini Biniku Gangster menurut NST menerima lebih 100,000 tontonan dari rakyat Malaysia di Youtube yang mereka kata bernilai RM1 juta kerugian untuk industri filem.

Akan tetapi, penulis juga menyebut yang filem Nasi Lemak 2.0 yang berjaya mengaut RM6 juta sepanjang tayangan hanya menerima kurang 1,000 tontonan selepas di’upload ke Youtube minggu lalu.

Oleh kerana itu, penulis artikel ini membuat kesimpulan yang majoriti dari mereka yang suka menonton filem tempatan di Youtube & juga perosak industri filem tempatan adalah orang Melayu.

Persoalan’nya di’sini, adakah anda setuju dengan kesimpulan yang di’buat oleh penulis artikel New Straits Times tersebut?