fbpx

Netizen Terliur Tengok Janna Nick Makan Salji

Baru-baru ini, perkongsian pelakon dan pengacara Janna Nick menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video memakan salji bersama madu.

Difahamkan, Janna berada di sebuah puncak pergunungan salji, namun tidak dikongsikan lokasi dimana dia berada ketika itu.

BACA: Kongsi Video Mesra Dengan Kekasih, Netizen Suruh Janna Nick Cepat Kahwin

Menerusi video tersebut, Janna berkata sejak dulu lagi dia teringin untuk makan salji dan sekali seumur hidup perlu melakukan perkara tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

“Hari ni saya nak makan salji. Ini bukan pertama kali saya bermain salji. Tapi setiap kali saya datang ke tempat yang ada salji, saya akan rasa teringin nak makan salji. Mungkin sekali seumur hidup saya kena buat juga benda ni,” katanya.

Janna turut sertakan kapsyen salji yang dimakannya itu sangat sedap serta mempunyai tekstur yang lembut dan gebu.

Diruangan komen, ada peminatnya terliur melihat Janna menikmati salji serta ada yang mencadangkan membawa susu cair dan sirap untuk dibuat ais kacang.