fbpx

Netizen Terkejut Tengok Wajah Terkini Fathia Latiff

Lama rasanya tak dengar cerita mengenai Fathia Latiff. Difahamkan, pada awal tahun, Fathia kembali aktif dalam dunia lakonan dan bakal muncul dalam sebuah filem.

Baru-baru ini, nama pelakon itu menjadi bualan apabila netizen mendakwa wajah pelakon Ariana Rose itu kelihatan berbeza.

BACA: Netizen Pelik Tengok Muka Fathia Latiff

Menerusi satu perkongsian di Instagram,  Fathia memuat naik gambarnya memaparkan dirinya mengenakan suit bewarna biru dan cantik berhijab.

Diruangan komen, rata-rata netizen mengatakan wajah Fathia tidak sama seperti sebelum ini. Malah, ada netizen mendakwa wajahnya berbeza dan mungkin disebabkan oleh solekan.

Tidak kurang juga, ada yang mendakwa sekiranya pelakon itu menjalani sebarang prosedur pembedahan pada bahagian wajahnya.

Dalam pada itu, ada yang berpendapat wajahnya berbeza mungkin disebabkan solekan atau menggunakan aplikasi ‘filter’ di telefon.

Tahun lalu, perkongsian Fathia menjadi perhatian apabila memuat naik video memaparkan dirinya melakukan suntikan filler di wajah.