Penampilan terbaru penyanyi Dafi mengejutkan ramai apabila dilihat lebih kurus dan cengkung sekaligus menimbulkan rasa bimbang dikalangan netizen.
Menerusi temu bual bersama Gempak, Dafi menafikan dirinya sakit sebaliknya badannya susut kerana mengamalkan diet seimbang.
BACA: Ibu Bapa Tak Pernah Desak Kahwin, Dafi Selesa Hidup Bujang
@astrogempak GempakNews:Tampil dengan sosok tubuh yang semakin cengkung dan pucat, penyanyi dan pelakon Dafi Ismail menafikan dirinya kini sedang sakit. Klik berita penuh di bawah
“Gemuk salah, kurus pun salah. Sebenarnya saya ada release lagu baru bulan Ogos lepas, jadi saya kenalah nampak fit sedikit dan presentable itu saja.
“Terima kasih kepada yang concern. Alhamdulillah, saya sihat. Saya tak sakit pun, tak perlulah fikir bukan-bukan,” katanya.
Sementara itu, Dafi berkata berat badannya susut sejak menjalani penggambaran filem Malbatt dan dia akan berusaha untuk kekal kurus kerana bimbang badan akan berisi semula.
Dalam pada itu, diruangan komen ada netizen terkejut melihat penampilan terbaru Dafi serta ada yang mengatakan penyanyi itu kelihatan lain. Tidak kurang juga, ada yang mendakwa mereka melihat Dafi seperti sakit.
Turut menjadi perhatian, komen seorang netizen yang selalu terjumpa Dafi serta mendoakan agar segala urusan penyanyi itu dipermudahkan.
SUMBER: Gempak