Netizen Tergamam Tengok Leona Pakai Bikini Nampak Punggung Bercuti Di Pulau

Sebut saja nama Kasih Iris Leona, sememangnya ramai yang mengenali anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu yang sinonim dengan imejnya yang seksi sehingga menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Malah, Azhar juga mengakui sudah buntu untuk menasihati anak gadisnya itu yang sering mencetuskan kontroversi.

BACA: Azhar Sulaiman Dah Buntu Nak Nasihat Anak 

Baru-baru ini, perkongsian Leona sekali lagi menjadi bualan dan mengundang kecaman ramai apabila tampil berbikini ketika bercuti di sebuah pulau.

Menerusi video itu, dapat dilihat Leona hendak turun dari bot memakai bikini serba hitam hingga menampakkan bahagian punggung yang tidak sepatutnya ditayang kepada khalayak ramai.

Seperti sudah dijangka, perkongsiannya itu dikecam ramai dan ada yang meluahkan rasa terkilan melihat cara pemakaian Leona tidak menggambarkan seperti imej umat Islam serta mendoakan agar diberikan hidayah.

Terdahulu, Azhar berkata dia sudah menasihati anak gadisnya itu namun semakin menjadi-jadi dan setiap hari membuatkan dirinya ‘panas bontot’ dengan isu Leona.