fbpx

Netizen Tegur Cik B Jaga Adab Dengan Ibu

Sejak sebulan lalu hangat diperkatakan mengenai kisah cinta jutawan kosmetik Datuk Seri Vida dengan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal yang dikhabarkan tidak kesampaian.

Baru-baru ini, Cik B dilihat muncul di IG Live ibunya. Namun ada netizen kurang senang mendakwa Cik B seolah tidak beradab apabila bertanyakan soalan tentang hubungan cinta kepada ibunya.

BACA: Menangis Teresak-Esak, DSV Akui Pernah Baling Selipar Pada Iqbal

“Mama, apakah status hubungan dengan si dia? Adakah masih bercinta? soal Cik B kepada Vida.

Vida hanya menjawab ‘ya’ tanpa sebarang penjelasan lanjut mengenai soalan Cik B itu.

Susulan itu, ramai yang menegur Cik B supaya beradab dan menjaga air muka ibu ketika bertanyakan soalan panas berkenaan.

“Cik B, mama tetap mama. Jaga adab,” tegur seorang netizen.

“Kasihan pula tengok Vida. Jangan tanya dalam siaran langsung, netizen ramai batu api,” tegur seorang lagi netizen.

Mungkin cara Cik B itu adalah normal namun tidak bagi orang lain. Apa pun, hanya ibu sahaja yang lebih mengenali anak mereka sendiri.

Terdahulu, Iqbal dikhabarkan sudah menarik diri daripada perkahwinan tersebut. Ujarnya, selepas dia menarik diri, Vida menawarkan kereta mewah Bentley bernilai RM3 juta. Bagaimanapun, Iqbal berkata nilai tersebut tidak dapat membeli hati dan kejujurannya yang telah dikhianati.