Seorang individu bertanyakan sama ada berbaloi atau tidak bayaran sebanyak RM850 dikenakan untuk menyertai kelas agama yang dianjurkan oleh selebriti terkenal Neelofa.

Menerusi satu perkongsian di Threads, individu itu bertanyakan adakah ianya kelas agama yang diadakan di hotel lima binta dengan pakej makan sebanyak dua kali itu berbaloi. 

BACA: “Saya Dah Habis Kata-Kata, Saya Tak Harap Mereka Datang” – Abby Abadi

Hantaran individu itu mendapat perhatian pelakon Abby Abadi yang berpendapat harga tersebut wajar kerana tempat yang disediakan selesa bersama makanan bertaraf lima bintang.

Bagaimanapun, Abby berkata dalam kehidupan ini ada pilihan dan mengikut kemampuan masing-masing untuk sertai atau tidak.

“Okaya saja dengan harga itu. Tempat yang selesa dan selamat. Makanan bertaraf 5 bintang dan mereka yang menyampaikan ilmu yang disampaikan adalah mereka yang ingin didengar. Hidup kan ada pilihan, yang mampu silakan, yang kurang mampu boleh je dengar tazkirah di masjid-masjid berdekatan,” katanya.

×