fbpx

Netizen Sayu Lihat Shuib Bawa Selendang Siti Sarah Bercuti Di Langkawi

Meskipun sudah dua bulan pemergian Allahyarham Siti Sarah, Shuib sebelum ini berkata emosinya masih belum stabil dan sukar mengawal perasaan setiap kali terkenangkan isterinya.

Baru-baru ini Shuib membawa keluarganya bercuti di Langkawi, namun apa yang menjadi perhatian tular satu video dikongsikan akaun TikTok @langkawiskycab menggambarkan rasa rindu pelawak itu kepada isteri tercinta.

BACA: Shuib Mahu Wanita Yang Boleh Terima Anak-Anaknya

Video tersebut sempat merakamkan Shuib memegang selendang milik Siti Sarah sekaligus menimbulkan rasa sebak di kalangan netizen yang mengatakan pasti percutian kali ini lain kerana tanpa bidadarinya disisi.

Malah, ada yang mengatakan Allahyarham sememangnya seorang yang begitu istimewa dalam hati Shuib serta mendoakan pelawak itu terus kuat menghadapi dugaan.

Kata netizen lagi, Shuib reda dengan pemergian Siti Sarah namun rasa rindu terhadap isteri tercintanya itu hanya Allah sahaja yang tahu.

Terdahulu, Shuib berkata dia akan menziarahi pusara isterinya setiap Isnin dan Jumaat untuk berkongsikan semua perkara.  Ujarnya, dia masih lagi berehat dan tidak lagi bekerja sejak pemergian arwah.