Di antara adik-beradik selebriti Neelofa, Ameera Khan atau lebih dikenali dengan nama Little Miss Khan antara yang paling popular. Boleh dikatakan Ameera sering menjadi perhatian di media sosial biarpun bukan seorang selebriti.

Baru-baru ini perkongsian Ameera menjadi perhatian apabila tampil dengan baju bulu-bulu daripada jenama terkemuka MiuMiu.

BACA: Bertudung Tapi Pakai Baju Ketat, Ameera Khan Dikecam Netizen

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ameera Khan (@littlemisskhan)

Namun, lain pula yang dilihat oleh netizen apabila menyamakan baju bulu-bulu yang dipakai oleh Ameera itu dengan karpet di Nilai 3.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan fesyen yang digayakan oleh Ameera itu agak pelik apatah lagi tidak sesuai dengan cuaca di Malaysia.

Dalam pada itu, seperti sudah dijangka ada yang mempersoalkan gaya topi yang dipakai memandangkan dia sudah berhijab.

Ameera sebelum ini pernah berhijab, namun membuat keputusana untuk membuka tudung. Bagaimanapun Ameera kembali berhijab sehari sebelum majlis pernikahan kakaknya, Neelofa dan PU Riz.