fbpx

Netizen Rakam Shuk Sahar Keluar Dengan Skandal?

Sejak tahun lalu, hangat diperkatakan kembali mengenai rumah tangga Shuk Sahar apabila isterinya, Rossa Serra sering berkongikan luahan hati serta mendedahkan wujudnya orang ketiga.

Meskipun pelbagai pendedahan dilakukan isterinya, Shuk masih berdiam diri malah Instagram pelawak itu tidak lagi aktif sejak penghujung tahun lalu.

BACA: Shuk Sahar Masih Cuba Pujuk Isteri?

Bagaimanapun, baru-baru ini tular perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @xnurazli_ memuat naik video secara tidak sengaja terjumpa pelawak berkenaan di kedai makan.

Menerusi video berkenaan, Shuk dilihat bersama seorang wanita namun tidak diketahui identitinya memandangkan diambil dari belakang.

Namun, di ruangan komen rata-rata netizen mengatakan individu itu dipercayai wanita sama yang menjadi punca kontroversi sebelum ini.

Malah, ada yang mengatakan baju dan tudung yang dipakai oleh individu dalam gambar itu sama seperti dalam posting dikongsikan di Instagram ‘wanita’ berkenaan.

Sementara itu ada beberapa netizen yang mendakwa pernah melihat Shuk bersama wanita berkenaan di tempat lain juga.

Dalam pada itu, ada yang meluahkan rasa geram serta mempersoalkan pelawak itu tetap curang walaupun ada desas desus mengatakan dia cuba berbaik dengan isterinya.

Baru-baru ini, Serra ada berkongsikan beberapa paparan mesej daripada seorang individu dipercayai daripada suaminya.

Mesej tersebut seolah memberi gambaran individu tersebut memohon maaf di atas apa yang terjadi serta meminta peluang untuk bersatu semula.