fbpx

Netizen Puji Puteri Balqis Semakin Cantik 

Sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan menenai pelakon berbakat besar, Puteri Balqis apabila ramai yang terkejut dengan penampilannya yang semakin seksi berbanding sebelum ini.

Baru-baru ini, Balqis dilihat ada memuat naik video di akaun TikTok miliknya memakai pakaian berceloreng dan mempunyai ‘tindik’ di bahagian bibir sambil mengibas rambutnya.

BACA: Digelar Betina Sundal, Ini Respon Padu Puteri Balqis

https://www.tiktok.com/@puteribalqis_official/video/7138344062758767877?is_from_webapp=v1&item_id=7138344062758767877

Perkongsian Balqis itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji kecantikan pelakon itu yang kini meningkat remaja.

Sementara itu, ada yang mengatakan pelakon itu mungkin kini sedang diuji berikutan kontroversi terpalit dirinya baru-baru ini serta menitipkan doa buat Balqis. 

Difahamkan, Balqis tampil bertindik pada bahagian bibir adalah hanya untuk menjayakan watak dalam drama lakonannya sahaja.

Terdahulu, Balqis membalas dengan sinis apabila ada netizen menggelarnya sebagai ‘betina sundal’ serta melemparkan kata-kata negatif.