Semalam hangat diperkatakan di media sosial apabila tular wajah anak sulung pasangan selebriti, Neelofa dan Haris Ismail iaitu Muhammad Bilal selepas didedahkan oleh individu.
Difahamkan, video dimuat naik seorang individu memaparkan bayi yang didukung oleh seorang wanita didakwa Neelofa dan suaminya berada di sebuah hospital atau klinik dipercayai Bilal.
BACA: Neelofa Tersinggung Netizen Sebar Wajah Bilal
https://www.tiktok.com/@farrich2022/video/7152939689866136858?is_from_webapp=v1&item_id=7152939689866136858
Susulan tersebarnya wajah Bilal itu, rata-rata netizen memuji kecomelan anak Neelofa itu serta ada yang mengatakan seiras anak kepada penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Muhammad Afwa.
Tidak kurang juga, ada yang teringat kembali komen yang ditinggalkan Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam satu perkongsian gambar Bilal sebelum ini seolah memberi gambaran Bilal persis anaknya, Afwa.
Terdahulu, Neelofa mengakui terkilan dengan tindakan netizen yang menyebarkan wajah anaknya di aplikasi TikTok serta menyifatkan apa yang dilakukan individu itu seolah-olah tidak menghormati dirinya dan suami sebagai ibu bapa Bilal.