fbpx

Netizen Persoal Tahap Kebersihan Alicia Amin Masak Rendang Buat Pelanggan

Sejak kebelakangan ini ramai mereka di kalangan selebriti terjun ke bidang perniagaan untuk mencari rezeki sampingan. Turut mengambil peluang berniaga, model sensasi Alicia Amin rupanya mempunyai bakat memasak rendang tok.

Menerusi Instagram rasmi jualan rendang tok itu, nampaknya Alicia sendiri yang menyediakan juadah tersebut sambil dibantu oleh beberapa orang lain. Kalau sedang memasak, sudah tentu akan tampil dengan pakaian yang selesa.

BACA: Alicia Amin Dakwa Vivy Yusof Guna Anak Yatim Tutup Kesalahan?

Bagaimanapun menerusi satu video, ramai yang kurang senang dengan cara pemakaiannya yang terdedah sehingga ada dikalangan netizen mempersoalkan tahap kebersihannya ketika menyediakan makanan tersebut.

Tidak kurang juga ada netizen bertanyakan adakah dia ada mengambil suntikan Thypoid serta mendapatkan kad kesihatan sebelum memulakan jualan rendangnya itu.

Malah, netizen turut mengkritik model tersebut yang tidak memakai apron dan penutup kepala ketika memasak.

Sedar dirinya dikritik oleh netizen, Alicia memuat naik status di IG Story mempersoalkan tindakan netizen yang cuba mencari kesalahannya sedangkan banyak lagi isu dunia lain yang lebih penting.

Mungkin niat netizen hanya mahu menegur sahaja memandangkan sebelum ini hangat diperkatakan mengenai kes keracunan makanan. Apa pun dalam penyediaan makanan tahap kebersihan ketika menyediakan makanan menjadi keutamaan, betul tak?