Netizen Muak Tengok Hairul Azreen Berlakon Filem Ketenteraan?
Namanya semakin gah dalam filem aksi, Hairul Azreen kini sering membintangi filem-filem berunsur ketenteraan dan juga penyelamat. Antara filem yang dibintangi olehnya seperti PASKAL, Wira, Polis Evo dan Qhaliq.
Terbaru, Hairul dikhabarkan bakal berlakon sebagai anggota tentera darat dalam filem Bakara, yang memaparkan kisah sebenar Black Hawk Down dari versi Malaysia. Antara pelakon lain yang membintangi filem tersebut Bront Palarae, Shaheizy Sam, Remy Ishak dan Fauzi Nawawi.
BACA: Berangan Jadi Pelakon Aksi, Hairul Azreen Syukur Sudah Berjaya
Bagaimanapun, ada netizen yang sudah mula bosan melihat Hairul asyik melakonkan watak yang sama sahaja. Malah, netizen juga mahukan wajah baru untuk berlakon dalam filem genre seperti itu.
RT kalau dah bosan dengan Hairul Azreen dan perlukan muka baru pulak dalam filem genre macam ni. https://t.co/L9pmXvVHyL
— FÈRD (@dauspozi) January 18, 2020
Tidak kurang juga ada yang mengaitkan dengan kontroversi terdahulu dimana pelakon itu tidak turun mengundi dan mengatakan pelakon itu tidak layak berlakon cerita patriotik.
Boleh tahan pedas juga komen netizen sehinggakan ada berharap agar Hairul berlakon tanpa dialog kerana ianya dilihat lebih baik begitu. Rasanya tiada salah jika Hairul sering membintangi filem seperti itu kerana apa yang lebih penting adalah jalan cerita sesuatu filem.
asyik tayang body hakikatnya lakonan alahai awallah dondang dondang lah syg.
kne kecam x mgundi.. hapooo haha :((
Who r yous?
X g mengundi tp ada hati nk berlakon patriotic!! Deep comments Ko netizens!! Hahaha..
sis tunggu abam pattah amin berlakun tahun 2020. lama x nmpk kat tv pukul 7
Biasa laa industry kita ni bila filem aksi ala polis/tentera laku sibuk laa asyik nk kluo filem dri genre yg sama. Isu pelakon satu hal, asyik muka tu jek laa yg korg amik Mana pelakon lain xde job. Muka cinta pun muka so Sam, Remy, Bront. Citer aksi pun muka diorg?! Ramai jek pelakon2 lain yg bole isi watak tu kalau diberi peluang Dan di guide dgn teamwork yg baik. Kita tunggu jek laa hasil dan kutipan filem ni nnt.