fbpx

Netizen Menangis Dengar Maryam Nyanyi Lagu Aku Bidadari Syurgamu

Baru-baru ini, pempengaruh media sosial Maryam You Narae ada memuat naik video menyanyikan semula lagu penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aku Bidadari Syurgamu.

Menerusi video itu, Maryam turut memberitahu ianya merupakan lagu Melayu pertama yang dinyanyikannya serta berharap orang yang mendengar sukakannya.

BACA: Masuk Kelas Vokal, Maryam Yakin Suara Boleh Tenangkan Hati Pendengar

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tidak menyangka Maryam boleh menyanyikan lagu tersebut dengan baik.

Malah, ada yang mengatakan mereka meremang mendengar nyanyian Maryam serta menangis kerana lagu tersebut dinyanyikan sampai ke hati.

Sebelum ini, Maryam berkata dia masuk ke kelas vokal untuk mengasah bakat dalam bidang nyayian serta menyimpan impian untuk bergelar penyanyi.

Katanya lagi, dia sememangnya minat dalam nyanyian dan mengambil kelas vokal bersama Cikgu Shafi untuk pastikan dia bersedia.