fbpx

Baru-baru ini, tular video di TikTok memaparkan seorang individu melakukan social experiment untuk melihat sejauh mana orang awam mengenali tokoh negara.

Menerusi video tersebut, individu berkenaan menunjukkan foto pelakon Zul Ariffin dan Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman untuk mengetahui sama ada mereka mengenali dua individu berkenaan.

@raffisimple

Pandaiii ??? #publicinterview #socialexperiment #fyp??viral #tekateki #publicchallenge #publicreaction

? original sound – RAFFI KE TU – RAFFI KE TU

Bagaimanapun, kesemua orang awam yang ditanya mengenali Zul Ariffin sebaik saja ditunjukkan gambarnya, namun ada yang tidak tahu apabila ditunjukkan gambar Perdana Menteri Malaysia pertama itu.

Malah, ada yang keliru dimana kebanyakannya menyebut nama Perdana Menteri kedua iaitu Tun Abdul Razak.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang sedih apabila ada rakyat Malaysia yang gagal menjawab dengan betul serta seolah lupa dengan sejarah negara.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan mereka bersetuju mata pelajaran sejarah diwajibkan lulus bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).