Pelakon Nora Danish menjadi perhatian netizen apabila muncul dalam sebuah video bersama pempengaruh, Abdul Qawiy baru-baru ini.
Menerusi video itu, Qawiy yang terkenal dengan video terjah ayat Al-Qran itu meminta Nora untuk menyambung salah satu surah dalam Al-Quran iaitu Al-Mulk.
BACA: Nora Danish Rancang Berhijab Usia 40 Tahun, Cemburu Tengok Wanita Bertudung
View this post on Instagram
Dalam video berkenaan, Nora dilihat membaca surah berkenaan denga lancar dan tanpa teragak-agak dengan menyambung surah Al-Mulk dari ayat dua hingga keenam.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengagumi Nora berjaya menyambung surah berkenaa dan gembira melihat perubahan Nora.
Sementara itu, Nora berkata dia masih lagi belajar dan mengakui ianya memberi impak besar dalam penghijrahannya dengan mendalami Al-Quran.
“Tapi tajwid belum betul-betul elok lagi. Yang itu (perubahan) adalah di atas doa-doa anda semua. Terima kasih.
“Apa yang saya belajar melalui penghijrahan saya adalah dekatkan diri selalu dengan Al-Quran sebab ia adalah pendamping kita nanti,” katanya.