fbpx

Netizen Kagum Heliza Helmi Memanah Sambil Tunggang Kuda

Umum mengetahui, penyanyi Heliza Helmi turut aktif dalam misi kemanusiaan serta pernah melihat sendiri keadaan di Gaza, Palestin sebelum ini.

Baru-baru ini, tular video dimuat naik pengguna TikTok memaparkan Heliza dan adiknya, Hazwani sedang memanah sambil menunggang kuda.

BACA: Gelaran Datuk Seri Suami Heliza Helmi Didakwa Palsu?

@aeeeeshah

dua beradik yg masyaallahtabarakallah, semoga sentiasa memberi inspirasi buat orang ramai???? #sunnah #berkudamemanah #fyp #helizahelmi #hazwanihelmi

? Unstoppable (I put my armor on, show you how strong I am) – Sia

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengagumi adik beradik itu berani melakukan aktiviti lasak.

Menerusi video dikongsikan, Heliza dan Hazwani bukan sahaja menungangga kuda tetapi dalam masa yang sama sambil memanah.

Aktiviti yang dilakukan oleh Heliza itu juga merupakan salah satu aktiviti sunnah dimana tidak semua orang boleh melakukannya.

Dalam pada itu, ada yang menjadikan kedua adik-beradik itu inspirasi buat semua orang untuk mengamalkan sunnah dalam kehidupan seharian mereka.

Malah, ada netizen berpendapat kedua adik-beradik itu menunjukkan contoh yang baik buat wanita diluar sana tetap berpakaian sopan serta menutup aurat meskipun melakuan aktiviti lasak.