Semalam, pelakon Aprena Manrose akhirnya mengesahkan mengenai status rumah tangganya apabila sudah pun bercerai dengan bekas suaminya, Mohd Afiq Hazman.
Susulan pendedahan itu, menerusi hantaran di Threads ada netizen mendakwa terserempak dengan bekas suaminya itu bersama seorang wanita free hair di ibu kota.
BACA: “Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal” – Aprena Manrose Umum Cerai
“Baru jumpa haritu suami dia dgn perempuan lawa free hair di area Wangsa Maju… terkejut juga sebab deorang berdua je,” dakwa netizen.
Susulan dakwaan individu itu, rata-rata netizen mengatakan mereka sedih membaca kapsyen yang ditulis oleh Aprena serta tertanya-tanya mengenai maksud hashtag ditulis aktres berkenaan.
Terdahulu, Aprena berkata dia sudah berusaha untuk bertahan namun rumah tangga yang dibina selama sembilan tahun sudah berakhir.