fbpx

Netizen Bimbang Tengok Ayda Jebat Hamil 7 Bulan Lincah Menari

Baru-baru ini aksi pelakon dan penyanyi Ayda Jebat di acara Absolut Food Fest 2023 menjadi bualan ramai di media sosial.

Power Geng! Sunway Pyramid Dah Ada Ruang Komersial Baharu

Semakin canggih dan lebih selesa lepas ni bila korang jejak kaki di Sunway Pyramid. Kalau korang nak tahu, menjelang suku keempat tahun ini, Sunway Pyramid akan berwajah baru dengan pengenalan Oasis sebagai ruang runcitnya! Awesome...

Baca Lagi

Menerusi video dikongsikan netizen, Ayda yang kini hamil cahaya mata kedua dengan usia kandungan memasuki tujuh bulan dilihat tetap bertenaga menghiburkan pengunjung.

BACA: Ayda Jebat ‘Lost Contact’ Dengan Fyna Jebat

@poojapalatao

@Ayda Jebat #absolutfoodfest #aydajebat #fyp #tiktok #supportlokal

? original sound – Pooja – Pooja

Dalam video dikongsikan seorang pengguna TikTok @poojapalatao, memaparkan Ayda menyanyikan lagu Nakal Nakal Nakal, Temberang dan Gangnam Style nyanyian asal PSY.

Pengguna TikTok itu tulis menulis kapsyen pada video berkenaan meluahkan rasa risau jika berlaku perkara tidak diingini ketika penyanyi itu membuat persembahan.

Dalam pada itu, turut menjadi perhatian apabila rata-rata netizen menegur penampilan Ayda yang dikatakan kurang sesuai buat ibu hamil sehingga menampakkan bentuk badannya kerana terlalu ketat.