Nenek kepada selebriti popular, Noor Neelofa iaitu Bibi Khoteja Yusof, 77 tahun berkata dia tetap membaca al-Quran meskipun berada dalam keadaan sakit.
Memetik Sinar Harian, Bibi Khoteja berkata lagi, dia pernah menjalani pembedahan sebelum ini namun dia tetap istiqamah membaca Al-Quran yang juga merupakan penawar terbaik untuk semua penyakit.
BACA: “Tak Cukup Lagi Ke Selama Ni Tengok Saya Dikeji Dimaki?” – Neelofa
“Selepas menjalani pembedahan, saya tetap meneruskan membaca dan tidak pernah tinggal baca al-Quran. Jika keadaan sakit sangat, saya tetap mengikuti ajaran al-Quran di televisyen dan mendengar ayat-ayat suci al-Quran,” katanya.
Dalam pada itu, Bibi Khoteja berkata dia turut menjemput guru mengajar al-Quran juga datang untuk mengajarnya walaupun ketika itu keadaan kesihatannya tidak baik.
“Saya sakit tetapi guru al-Quran datang mengajar. Saya belajar dengan guru agama untuk menambah ilmu untuk tahu makna, ingat dan hafal al-Quran,” katanya.
Berkongsikan mengenai Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0, Bibi Khoteja menyigatkan acara itu amat bermanfaat untuk membudayakan bacaan al-Quran dalam kalangan masyarakat seluruh negara.