fbpx

Nenek Daler Yusuf Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Selepas beberapa hari dilaporkan kritikal, nenek kepada pelakon Daler Yusof iaitu Muhammadiyeva Shodi, 76 tahun meninggal dunia di sebuah hospital di Uzbekistan akibat COVID-19.

Berita sedih itu dikongsikan oleh Daler menerusi Instagram miliknya sebentar tadi. Menerusi perkongsian itu, Daler meluahkan rasa sedih di atas pemergian neneknya yang sudah dianggap lebih daripada seorang ibu.

BACA: Daler Yusof Dikecam Peminat K-Pop Kerana Komen Di IG Siti

Ujarnya, ibunya meninggal dunia ketika dia masih kecil dan arwah neneknya itulah yang merupakan ibunya serta sentiasa berada di sisinya. Lebih sebak, Daler berkata setiap kejayannya kini adalah berkat doa neneknya.

Menerusi entri tersebut, Daler turut memuat naik gambar kenangan dia mencium pipi Allahyarham neneknya.

Diruangan komen, rata-rata netizen dan rakan-rakan selebriti mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah serta mengharapkan Daler terus tabah memandangkan dia kini berada di Kuala Lumpur dan tidak dapat melihat wajah neneknya buat kali terakhir.

Rabu lalu, Daler memaklumkan neneknya berada dalam keadaan kritikal dan terdapat jangkitan pada bahagian paru-parunya.